‘First time aku kenal hang ,hang ni muka kerek kot ’
‘ waktu kite jumpa Fatimah kat AMF dulu kite ingatkan awak ni sombong’
bla..bla..bla
Itu antara first impression bila kawan – kawan kenal saya dulu . Ramai ingat saya sombonglah , berlagak , kerek , dan macam-macam lagi gelaran.. Tapi bila mereka dah kenal saya , ternyata salah . Kompleksnya manusia ..
Baiklah , mari kita flash back :D
Ini Farahin . Tapi panggil Ein je .. Saya kenal dia masa kami sama-sama join kawad kaki KRS waktu form 5 (2010) .Selepas kenal dengan dia , baru lah dia cakap kat saya yang saya ni muka bajet sombong waktu form 4.. oh apakah… .Patutla waktu form 4 dia selalu jeling saya bila bertembung . sadis oiii . Disebabkan itu jugalah saya aim dia ni budak bajet bagus.(tahulah waktu tu aku baru datang TMGS, Ein =_=) . Waktu kawad tu lah saya kenal dia , dia kenal saya , boleh gelak sama-sama , boleh dera pumping waktu kawad (waktu tu saya pembantu skuad leader ) dan lastly baru dia bagitahu saya ..Sampai sekarang , kami masih lagi berkawan baik dan Alhamdulillah ,pun berjaya masuk UIA sama – sama .Sweetest memory ever .
Ini pula Atikah . Kawan masa sekolah menengah jugak ni .. Dia ni ketua skuad leader KRS kami semasa di sekolah . So no wonderlah kalau KRS menang kawad kaki lima tahun berturut-turut(bangga..bangga..) Yang ni pun ada jugak la sekali dia buat confession yang saya ni muka stail berlagak punya sebelum kenal dia ..Lepas kenal saya , baru dia tahu saya jenis orang yang ‘boleh masuk’ la . Sekarang dia sambung belajar di Kedah ..
Yang bertudung hitam tu pula Aishah . Kita abaikan Nad dengan Atin dalam gambar tu ..hehe .Aishah orang Kelantan . So kami panggil dia Aishah Kelantan sebab dalam dorm kat Nilai dulu ada 3 orang Aishah . Waktu Taaruf Week di UIA Petaling Jaya (2011) ,saya sebilik dengan dia . Waktu tu saya tak berapa berani nak tegur dia sebab muka dia serius semacam . Dia pun sama sebab dia kata saya sombong . Bila di UIA Nilai , barulah dia berani nak melawak dengan saya, same goes to me . Budak ni happening sikit . Ukhwah fillah abada abada..
Lastly , Adila Hafila (maaf tiada gambar) . Kami satu kelas semester ni . Waktu Add and Drop session di AMF dulu , dia tegur saya sebab kebetulan waktu tu kami sama section . Yang ni pun sama jugak , waktu kelas Basic Method of Writing Report baru – baru ni ,dia cakap dia ingatkan saya sombong . Tapi dia usnuzon je ..Katanya mungkin saya penat kot waktu tu .. Haha ..
Kesimpulannya , proverb don’t judge a book by it’s cover masih lagi relevan.. So , first impression anda ternyata salah .