Khamis, 29 Disember 2011

INSYAALLAH ,AKU KE SANA JUGA SATU HARI NANTI

Assalamualaikum .
jealous pula bila tgk gambar2 di facebook sepupu di Las Vegas . yes i am ! Frankly , dia sedang menyambung pelajarannya di Nashville . Kami sebaya , cuba lari beberapa bulan sahaja . Sebenarnya , impian saya untuk ke luar negara sudah lama . Antara wishlist saya dan saya ingin jadikan kenyataan suatu hari nanti . Walau macam mana pun ,saya bersyukur berada di UIA ni . Alhamdulillah . Mungkin suatu hari nanti pun saya akan ke luar negara , cuma laluan agak tough sikit . who knows ,right ? Kita sebagai hambaNya cuma mampu menadah tangan dan berdoa agar ianya berlaku suatu hari nanti . Ya insyaallah , aku akan ke sana juga suatu hari nanti .

Isnin, 19 Disember 2011

Ludah Muka Mahasiswa VS Ludah Muka Buku

Assalamualaikum . Hari ni bersemangat nak tulis . Baiklah , selepas saya menonton video 'Nak Ludah Muka Mahasiswa' di blog milik saudara Syamim Jamil , saya membuat kesimpulan bahawa banyaknya ragam orang kita untuk mempertahankan sesuatu parti . Saya tidak menyalahkan faktor politik semata-mata yang menjadi punca kekeruhan sesuatu masyarakat kerana kematangan seseorang turut menjadi kayu pengukur .

 
                                                                    MALU KAN ?



alahai .. maruah negara pasti jatuh kerana tingkah laku sekelompok 'modal insan' yang tidak berfikir dahulu sebelum bertindak .


Berhubung dengan kes itu , Kyopropaganda pulak muncul dengan idea parody mereka . sangat terbaik 





jadi , siapa menang ??

Selasa, 13 Disember 2011

cuti

assalamualaikum . lama tak menulis ..

saya masih lagi menghabiskan sisa - sisa cuti yang berbaki dalam 27 hari lagi dan insyaallah , lepas ni bergelar pelajar balik .
 


                                                               student circle

cuti ni buat apa ?

                      -ibu saya marking paper spm , so tak boleh jalan jalan .

k bye!

Khamis, 17 November 2011

deactive kejap

ASSALAMUALAIKUM

atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan , dengan ini saya mengumumkan bahawa saya akan pasif sebentar dalam mana mana laman sosial saya . (ayat aku poyo)

dan insyaallah selepas selesai semuanya ,saya akan menjadi aktif seperti biasa . terima kasih :)


   p/s ::::::::::: malam ni nak tengok malaysia vs indonesia ::::::

Rabu, 19 Oktober 2011

AKHIRNYA KAMI TIBA


Assalamualaikum



Entry tu sebenarnya saja je nak menyedapkan cerita . Perjalanan ke UIA PJ agak sukar sebenarnya .dah la drive sendiri (credit to Nazira) …dari Damansara ( setelah 2 hari bermalam di rumah mak long Nazira) , kami pun memulakan perjalanan ke UIA PJ tanpa berbekalkan apa apa . diulangi , TANPA BERBEKALKAN APA-APA . tanpa GPS , tanpa peta ……

                                                             
                                                      tough kan kami J



tapi Alhamdulillah , kami bertemu dengan seorang pasangan tua yang memberi petua kepada kami untuk sampai ke sana .. credit jugalah kepada mereka J.

                      *tak sempat pulak nak ambil  gambar mereka ..hehe

kertas ‘peta’ yang pakcik tu bagi kami manfaatkan sebaik baiknya . maklumlah , kami tak tahu selok belok jalan ke sana .
                                              

             Alhamdulillah , dalam 12.30 ,kami pun sampai ke UIA PJ dan terus mendaftar .



nampak dah Khadijah College ..




 macam biasalah , saya menjadi comittee fotografi , Maizan pulak committee untuk ceremony dan Nazira committee table tennis ..

                                             

          difahamkan suka IPTIM kali ini nak buat grand . tapi tak tahulah .hehe


                                                                 P/S:tunggu entry seterusnya , ya J

Isnin, 10 Oktober 2011

SELAMAT HARI JADI !

Assalamualaikum .


                                                                                            11/10/11 .

                                                                            SELAMAT HARI JADI IBU !
                                                                SELAMAT HARI JADI MARYAM JAMILAH !

                                                                     
                                                                              p/s : ibu dan adik saya lahir pada tarikh yang sama :)

Sabtu, 8 Oktober 2011

RUMUSAN BAJET 2012


Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
Peruntukan rancakkan pembangunanKerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013
RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan
Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan
Keluarga tenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang
Subsidi
Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen
Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen
Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun
Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah
Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP
Pinjaman TEKUNMenteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara
Rancangan Tebatan BanjirKerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat

http://wanperlis.com/blog

Rabu, 5 Oktober 2011

SAYA PASIF SEBENTAR

 Assalamualaikum .

Apa yang saya buat sepanjang cuti 3 bulan ni ?

- jadi pembantu rumah sepenuh masa ( ya , sangat cool -_-' )


- hari hari mengadap laptop ( facebook , twitter, blogging )


-  memikirkan masalah IPTIM . lebih tepat lagi ,transportation .. 


-  bercadang nak kerja , tapi tengok dulu lah .. 


- menunggu rakan - rakan lain balik bercuti ( OK , universiti saya sahaja yg cuti awal )


- ambik lesen kereta ( kot )


- belajar kamera lagi ( editing ,and so on )


- last but not least , bila rindu ,pasti saya akan menatap gambar ini .


A-1-5
rindu kalian :)
                                                                               


                                                                                              






                                                                                                   p/s: sayang kalian kerana Allah

Ahad, 2 Oktober 2011

DAN SAYA PUN BERANGKAT ..

Assalamualaikum .

Semalam adalah hari terakhir saya di Nilai . Kenapa saya asyik bercerita pasal Nilai saja ? kerana selepas ini saya akan meneruskan perjuangan di Petaling Jaya (kampus baru :) . Walaupun 4 bulan bersama-sama rakan di sana , ukhwah kami sangat erat . Susah senang bersama , makan bersama dan tidur bersama . Meninggalkan kenangan sepanjang belajar di sana mungkin agak sukar . Dan semalam , kami bepisah selama 3 bulan .semoga persahabatan kita akan terus berkekalan . ukhwah fillah abadan abada .


sewaktu menghantar saya pulang .

Rabu, 28 September 2011

PEMBAKAR SEMANGAT

Assalamualaikum , 

Inilah lagu pembakar semangat saya bila saya rasa malas untuk study dan menjadi pendorong untuk saya belajar di abroad suatu hari nanti . Moga Allah perkenankan doa saya .Amin .


Aku Merinduimu

Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Vokal dan harmoni: Devotees
Lirik/Lagu: abdhalim
Susunan muzik: abdhalim
Gitar akustik: abdhalim
Bonggo: abdhalim
Penerbit: Abd Halim Bin Ahmad

aimie_ekin(at)yahoo.com
Sumber http://www.devotees.com

                                                                        
                                                                   p/s : baru habis exam =_=

Jumaat, 23 September 2011

MOOD SAYA IALAH ...

ok , sekarang mood saya ialah :

                 SAYA SANGAT MENYAMPAH DENGAN FACEBOOK SEKARANG

bila online ,
akan mengadap muka yang sama ,
status yang entah apa-apa ,
dan ada jugak sesetengah manusia yg letak DP  yang perasan  hot and etc.
come on , be mature la sikit .


mood kedua :

                                             STRUGGLE OUT FOR FINAL EXAM ! 



exam yang sudah pun bermula pada 22hb dan 
insyaallah akan berakhir pada 29hb ini  . 



mood ketiga :

                    PHOTOGRAPHY CONTEST DAN INI KALI PERTAMA SAYA MENYERTAI !


saya telah menghantar gambar ini untuk pertandingan tersebut .
ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan fotografi .
menunggu komen dan mungkin kritikan .
sila klik di sini untuk mengetahui  model itu
 *haha

mood keempat :
                                         
                                           MENUNGGU CUTI SEM SELAMA 3 BULAN !


ya , 3 bulan yeee..
 insyaallah saya isikan dengan sebaik mungkin .
perancangan ke Terengganu bersama2 rakan IIUM ,menyertai IPTIM  dannn ..
cari side income !







Khamis, 15 September 2011

Impian Saya Siapa Yang Tahu

Bismillahirrahmanirrahim ..

Saya tahu ,semua orang punya cita-cita .Same way goes to me . Saya amat meminati fotografi .Ini bukan cakap kosong kerana apa yang saya desire saya akan cuba buat ia sampai jadi kenyataan . Yes . Barang fotografi bukanlah murah .Its quiet expensive .Bermodalkan  hasil duit gaji semasa saya bekerja sambilan sebelum keluar result SPM ,saya beli body Nikon d70 ,model 2004 . Second-hand .Lagi pun , kawan saya cakap ,kalau kita nak mula dengan fotografi , we should learn from below .OK ,saya sahut cabaran itu  .

Melalui Ejadfotopoyo ,saya belajar apa itu bokeh , exposure ,ISO and so on .. Disebabkan saya menyambung pelajaran ditambah lagi jadual yang sangat pack ,saya sudah tak ada masa lagi untuk outing . Insyaallah , saya bercadang untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang ini dan dalam masa yang sama ,saya ingin menjadi pelopor muslimah photographer yang mementingkan nilai nilai islam dalam karya saya . Insyaallah ,mudah mudahan Allah mendengar doa saya .

Rabu, 14 September 2011

berHISBAH beramai -ramai

Assalamualaikum reader(s) !*tiru ayat Amirah

ok , hari Sabtu ,14hb 9 , di Sem Hall ,telah diadakan Hisbah Dinner .*macam nak tulis report pulak . ok tanpa membuang masa , silalah tatap gambar2 tersebut .oh btw ,credit to Maizan sebab dia pulak yg ambik alih pegang kamera setelah agak letih la jugak saya mengambil gambar .have a look readers :)

padah menggangu FZ makan .haha


maaf , budak2 dorm saya memang begini :D



idea dari Maizan .btw , cantik 


konon sibuk =_=

FZ dan Hamimah 


more FZ


sorry , PM call saya :p


sebahagian ahli dorm . yg lain dah balik 


dorm sebelah


musical chair


gambar ada shaking . sorry

hi . i'm selling umbrellas !
i put it as my FB DP :)

Baiklah readers , saya nak tidur dulu .esok kelas pukul 8 ! Assalamualiakum :)

haish .. FARID AMALI CINTAKU

Assalamualaikum ..
well hello there !

ok , tiba-tiba saya teringat jantung hati saya
walaupun kami asyik bergaduh je bila berjumpa , tapi saya tetap sayang dia ..

nak tengok gambar dia ?

ya , inilah Mohamad Farid Amali cinta hati saya tu .. haha .. dia adik saya lah .. 

p/s :berjaya menyiapkan assignment Sociology !!!!

Isnin, 12 September 2011

KAMI TAK SAMA !

 *Apa beza muslimah dengan gadis biasa? Ada bezakah? Bukan ke sama je?
>Tidak! Tidak sama. Terlalu banyak bezanya.
*Buktikan!
>Baik! Ini antaranya..........
Jika GADIS biasa berbangga dengan pakaian tangkap muat mereka, MUSLIMAH pula bersyukur dengan pakaian labuh mereka.

Jika GADIS biasa berbangga mendedahkan aurat mereka, MUSLIMAH pula sangat bangga merahsiakan segalanya.

Jika GADIS biasa berbangga berjalan bersama pasangan yang tidak halal bagi mereka, MUSLIMAH pula bahagia berjalan dengan rafiq seperjuangan mereka.

Jika GADIS biasa berbangga apabila nama mereka menjadi bualan lelaki ajnabi, MUSLIMAH pula amat malu dan sedih jika nama mereka menjadi sebutan.

Jika GADIS biasa berbangga meletak gambar-gambar mereka di laman muka buku, MUSLIMAH pula merasa amat terhina dan berdosa jika gambar-gambar mereka menjadi tontonan.

Jika GADIS biasa bangga apabila ada lelaki ajnabi yang meminta nombor telefon tanpa sebab, MUSLIMAH pula berasa terhina apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Jika GADIS biasa bangga berkapel dan menjadi rebutan sini sana, MUSLIMAH pula sedih kerana khuatir menjadi penyebab runtuhnya iman sang lelaki.

Jika GADIS biasa berbangga apabila ada lelaki tak dikenali yang menegur di laman muka buku, MUSLIMAH pula terus remove lelaki itu dari friend listnya...... Kerana apa? Kerana lelaki itu tak pernah mengucapkan salam. (Jadi better diremove. Usah biarkan hidup anda diselubungi kekhuatiran)

Jika GADIS biasa gembira apabila diajak berkapel, MUSLIMAH pula rasa ingin memberi penumbuk kepada yang meminta........ :)

Namun, saya tak nafikan ada antara mereka yang bertudung labuh dan berjubah, mengamalkan konsep kapel.
Kapel islamik katanya. Saya tergelak besar ssat perkara ini diutarakan . Kapel islamik??? Adakah dibolehkan dalam islam???? Secara peribadi, saya menolak trend berkapel.... nak cari redha Allah, masakan perlu buat perkara yang Allah tak suka. Ye tak? Tentang ini, semuanya perlu tepuk dada tanya iman............
                                       
                                               


* maaf untuk segalanya - YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T, DAN SEGALA KEKURANGAN ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI ... WALLAHUA'LAM ..


bicarakata-kalimah.blogspot.com


                                             p/s:alfatihah buat moyang saya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pagi ini

Sabtu, 10 September 2011

SAYA RASA MACAM ...

assalamualaikum . sepanjang bulan ni saya rasakan yang ini adalah bulan yang sangat tough .i mean kuiz yg banyak , presentation ,tasmik ( oh ,surah furqan ~),nak kena catch up balik chapter-chapter yang lepas dan the most student doesn't prefer : EXAMINATION !


Oh by the way , saya akan bercuti selama 3 bulan sebaik sahaja exam tamat.yihaaa! . *untung pelajar iium :D

dan , berita buruk : nasib pelajar iium di kampus Nilai yang akan berpindah ke kampus Petaling Jaya . Sebenarnya most of students di Nilai ni prefer tak nak berpindah sebab alasan dah selesa di sini . Lagipun , PJ tu agak terkongkong . So dear friends , ingatlah . Di mana pun kita berada ,tujuan kita hanya satu iaitu belajar. Tempat tu sebenarnya doesn't matter pun kalau korang pandai adapt diri , insyaallah Allah akan merahmati tujuan asal kita . Biarlah tercampak kat mana sekali pun , Allah pasti ada dengan kita :)

ok . bye !

                                                                                p/s : saya nak makan !

Jumaat, 9 September 2011

HAI , HARI NI KAMI BERJALAN -JALAN !

ASSALAMUALAIKUM!

 Sebenarnya , saya telah dijemput oleh seorang kakak senior untuk mengambil gambar kelasnya .

senior from Bachelor of Arabic


ok,lepas habis je mengambil gambar kelas tu ,tiba -tiba  saya dan Maizan decide untuk berjalan-jalan sekitar masjid .HAHA !

fatimah az-zahra agak poyo di situ =_=



Maizan yang cantik :)




our pride :IIUM WAS OVER THERE !


Maizan





errr..ignore it


Maizan
more candid . maizan did it

Itu sahaja untuk hari ini .Esok ada exam Study Circle .Belum study lagi ni !Ok , gtg. assalamualaikum !




                                                            p/s:i didn't eat yet !

Khamis, 8 September 2011

selamat berjuang , sahabat :D

Assalamualaikum .
 Saya tumpang gembira dengan beberapa kejayaan rakan - rakan saya yang berjaya melanjutkan  
 pelajaran ke luar negara .
 Mabruk 'alaika ya sodikhoti !


nadirah .
currently in yarmouk ,jordan (correction , they are siblings)




Nurul Miza Shasheiha (left).
 Will fly to Cairo this 15th  Sept.
Nadirah dan Miza adalah rakan baik saya dari tingkatan satu sehingga sekarang . *i've lost them :(                                               
 Oh by the way , tahniah juga kepada sisters and brothers IIUM Nilai yg turut sama akan berlepas atau telah berlepas  ke luar negara . *sorry for not mention their name kerana terlalu ramai ..
saya ? oh , nampaknya terSTUCK di sini sahaja lah .. Insyaallah , saya berharap agar saya dapat menyambung degree ke abroad suatu hari nanti . Bak kata Amirah , dorm mate saya,

                             'marilah kita sama-sama fight untuk communication ..'

Berada di IIUM ini pun saya sudah sangat sangat bersyukur kerana inilah titik perubahan saya untuk menjadi insan yang lebih baik . Pendekatan diri kepada Allah ,rakan-rakan yang baik lagi sangat membantu , oh tak lupa juga inilah suasana yang saya inginkan selama ini . Alhamdulillah , syukur .

kampus saya di Nilai
                                       
mahallah (asrama) saya yang menghadap Masjid Putra Nilai
                                         
Akhir kata , usaha yang berpanjangan pasti akan membuahkan hasil :)

                                                                            p/s : i need some rest