Isnin, 12 September 2011

KAMI TAK SAMA !

 *Apa beza muslimah dengan gadis biasa? Ada bezakah? Bukan ke sama je?
>Tidak! Tidak sama. Terlalu banyak bezanya.
*Buktikan!
>Baik! Ini antaranya..........
Jika GADIS biasa berbangga dengan pakaian tangkap muat mereka, MUSLIMAH pula bersyukur dengan pakaian labuh mereka.

Jika GADIS biasa berbangga mendedahkan aurat mereka, MUSLIMAH pula sangat bangga merahsiakan segalanya.

Jika GADIS biasa berbangga berjalan bersama pasangan yang tidak halal bagi mereka, MUSLIMAH pula bahagia berjalan dengan rafiq seperjuangan mereka.

Jika GADIS biasa berbangga apabila nama mereka menjadi bualan lelaki ajnabi, MUSLIMAH pula amat malu dan sedih jika nama mereka menjadi sebutan.

Jika GADIS biasa berbangga meletak gambar-gambar mereka di laman muka buku, MUSLIMAH pula merasa amat terhina dan berdosa jika gambar-gambar mereka menjadi tontonan.

Jika GADIS biasa bangga apabila ada lelaki ajnabi yang meminta nombor telefon tanpa sebab, MUSLIMAH pula berasa terhina apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Jika GADIS biasa bangga berkapel dan menjadi rebutan sini sana, MUSLIMAH pula sedih kerana khuatir menjadi penyebab runtuhnya iman sang lelaki.

Jika GADIS biasa berbangga apabila ada lelaki tak dikenali yang menegur di laman muka buku, MUSLIMAH pula terus remove lelaki itu dari friend listnya...... Kerana apa? Kerana lelaki itu tak pernah mengucapkan salam. (Jadi better diremove. Usah biarkan hidup anda diselubungi kekhuatiran)

Jika GADIS biasa gembira apabila diajak berkapel, MUSLIMAH pula rasa ingin memberi penumbuk kepada yang meminta........ :)

Namun, saya tak nafikan ada antara mereka yang bertudung labuh dan berjubah, mengamalkan konsep kapel.
Kapel islamik katanya. Saya tergelak besar ssat perkara ini diutarakan . Kapel islamik??? Adakah dibolehkan dalam islam???? Secara peribadi, saya menolak trend berkapel.... nak cari redha Allah, masakan perlu buat perkara yang Allah tak suka. Ye tak? Tentang ini, semuanya perlu tepuk dada tanya iman............
                                       
                                               


* maaf untuk segalanya - YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T, DAN SEGALA KEKURANGAN ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI ... WALLAHUA'LAM ..


bicarakata-kalimah.blogspot.com


                                             p/s:alfatihah buat moyang saya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pagi ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan