Jumaat, 23 September 2011

MOOD SAYA IALAH ...

ok , sekarang mood saya ialah :

                 SAYA SANGAT MENYAMPAH DENGAN FACEBOOK SEKARANG

bila online ,
akan mengadap muka yang sama ,
status yang entah apa-apa ,
dan ada jugak sesetengah manusia yg letak DP  yang perasan  hot and etc.
come on , be mature la sikit .


mood kedua :

                                             STRUGGLE OUT FOR FINAL EXAM ! 



exam yang sudah pun bermula pada 22hb dan 
insyaallah akan berakhir pada 29hb ini  . 



mood ketiga :

                    PHOTOGRAPHY CONTEST DAN INI KALI PERTAMA SAYA MENYERTAI !


saya telah menghantar gambar ini untuk pertandingan tersebut .
ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan fotografi .
menunggu komen dan mungkin kritikan .
sila klik di sini untuk mengetahui  model itu
 *haha

mood keempat :
                                         
                                           MENUNGGU CUTI SEM SELAMA 3 BULAN !


ya , 3 bulan yeee..
 insyaallah saya isikan dengan sebaik mungkin .
perancangan ke Terengganu bersama2 rakan IIUM ,menyertai IPTIM  dannn ..
cari side income !







Khamis, 15 September 2011

Impian Saya Siapa Yang Tahu

Bismillahirrahmanirrahim ..

Saya tahu ,semua orang punya cita-cita .Same way goes to me . Saya amat meminati fotografi .Ini bukan cakap kosong kerana apa yang saya desire saya akan cuba buat ia sampai jadi kenyataan . Yes . Barang fotografi bukanlah murah .Its quiet expensive .Bermodalkan  hasil duit gaji semasa saya bekerja sambilan sebelum keluar result SPM ,saya beli body Nikon d70 ,model 2004 . Second-hand .Lagi pun , kawan saya cakap ,kalau kita nak mula dengan fotografi , we should learn from below .OK ,saya sahut cabaran itu  .

Melalui Ejadfotopoyo ,saya belajar apa itu bokeh , exposure ,ISO and so on .. Disebabkan saya menyambung pelajaran ditambah lagi jadual yang sangat pack ,saya sudah tak ada masa lagi untuk outing . Insyaallah , saya bercadang untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang ini dan dalam masa yang sama ,saya ingin menjadi pelopor muslimah photographer yang mementingkan nilai nilai islam dalam karya saya . Insyaallah ,mudah mudahan Allah mendengar doa saya .

Rabu, 14 September 2011

berHISBAH beramai -ramai

Assalamualaikum reader(s) !*tiru ayat Amirah

ok , hari Sabtu ,14hb 9 , di Sem Hall ,telah diadakan Hisbah Dinner .*macam nak tulis report pulak . ok tanpa membuang masa , silalah tatap gambar2 tersebut .oh btw ,credit to Maizan sebab dia pulak yg ambik alih pegang kamera setelah agak letih la jugak saya mengambil gambar .have a look readers :)

padah menggangu FZ makan .haha


maaf , budak2 dorm saya memang begini :D



idea dari Maizan .btw , cantik 


konon sibuk =_=

FZ dan Hamimah 


more FZ


sorry , PM call saya :p


sebahagian ahli dorm . yg lain dah balik 


dorm sebelah


musical chair


gambar ada shaking . sorry

hi . i'm selling umbrellas !
i put it as my FB DP :)

Baiklah readers , saya nak tidur dulu .esok kelas pukul 8 ! Assalamualiakum :)

haish .. FARID AMALI CINTAKU

Assalamualaikum ..
well hello there !

ok , tiba-tiba saya teringat jantung hati saya
walaupun kami asyik bergaduh je bila berjumpa , tapi saya tetap sayang dia ..

nak tengok gambar dia ?

ya , inilah Mohamad Farid Amali cinta hati saya tu .. haha .. dia adik saya lah .. 

p/s :berjaya menyiapkan assignment Sociology !!!!

Isnin, 12 September 2011

KAMI TAK SAMA !

 *Apa beza muslimah dengan gadis biasa? Ada bezakah? Bukan ke sama je?
>Tidak! Tidak sama. Terlalu banyak bezanya.
*Buktikan!
>Baik! Ini antaranya..........
Jika GADIS biasa berbangga dengan pakaian tangkap muat mereka, MUSLIMAH pula bersyukur dengan pakaian labuh mereka.

Jika GADIS biasa berbangga mendedahkan aurat mereka, MUSLIMAH pula sangat bangga merahsiakan segalanya.

Jika GADIS biasa berbangga berjalan bersama pasangan yang tidak halal bagi mereka, MUSLIMAH pula bahagia berjalan dengan rafiq seperjuangan mereka.

Jika GADIS biasa berbangga apabila nama mereka menjadi bualan lelaki ajnabi, MUSLIMAH pula amat malu dan sedih jika nama mereka menjadi sebutan.

Jika GADIS biasa berbangga meletak gambar-gambar mereka di laman muka buku, MUSLIMAH pula merasa amat terhina dan berdosa jika gambar-gambar mereka menjadi tontonan.

Jika GADIS biasa bangga apabila ada lelaki ajnabi yang meminta nombor telefon tanpa sebab, MUSLIMAH pula berasa terhina apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Jika GADIS biasa bangga berkapel dan menjadi rebutan sini sana, MUSLIMAH pula sedih kerana khuatir menjadi penyebab runtuhnya iman sang lelaki.

Jika GADIS biasa berbangga apabila ada lelaki tak dikenali yang menegur di laman muka buku, MUSLIMAH pula terus remove lelaki itu dari friend listnya...... Kerana apa? Kerana lelaki itu tak pernah mengucapkan salam. (Jadi better diremove. Usah biarkan hidup anda diselubungi kekhuatiran)

Jika GADIS biasa gembira apabila diajak berkapel, MUSLIMAH pula rasa ingin memberi penumbuk kepada yang meminta........ :)

Namun, saya tak nafikan ada antara mereka yang bertudung labuh dan berjubah, mengamalkan konsep kapel.
Kapel islamik katanya. Saya tergelak besar ssat perkara ini diutarakan . Kapel islamik??? Adakah dibolehkan dalam islam???? Secara peribadi, saya menolak trend berkapel.... nak cari redha Allah, masakan perlu buat perkara yang Allah tak suka. Ye tak? Tentang ini, semuanya perlu tepuk dada tanya iman............
                                       
                                               


* maaf untuk segalanya - YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T, DAN SEGALA KEKURANGAN ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI ... WALLAHUA'LAM ..


bicarakata-kalimah.blogspot.com


                                             p/s:alfatihah buat moyang saya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pagi ini

Sabtu, 10 September 2011

SAYA RASA MACAM ...

assalamualaikum . sepanjang bulan ni saya rasakan yang ini adalah bulan yang sangat tough .i mean kuiz yg banyak , presentation ,tasmik ( oh ,surah furqan ~),nak kena catch up balik chapter-chapter yang lepas dan the most student doesn't prefer : EXAMINATION !


Oh by the way , saya akan bercuti selama 3 bulan sebaik sahaja exam tamat.yihaaa! . *untung pelajar iium :D

dan , berita buruk : nasib pelajar iium di kampus Nilai yang akan berpindah ke kampus Petaling Jaya . Sebenarnya most of students di Nilai ni prefer tak nak berpindah sebab alasan dah selesa di sini . Lagipun , PJ tu agak terkongkong . So dear friends , ingatlah . Di mana pun kita berada ,tujuan kita hanya satu iaitu belajar. Tempat tu sebenarnya doesn't matter pun kalau korang pandai adapt diri , insyaallah Allah akan merahmati tujuan asal kita . Biarlah tercampak kat mana sekali pun , Allah pasti ada dengan kita :)

ok . bye !

                                                                                p/s : saya nak makan !

Jumaat, 9 September 2011

HAI , HARI NI KAMI BERJALAN -JALAN !

ASSALAMUALAIKUM!

 Sebenarnya , saya telah dijemput oleh seorang kakak senior untuk mengambil gambar kelasnya .

senior from Bachelor of Arabic


ok,lepas habis je mengambil gambar kelas tu ,tiba -tiba  saya dan Maizan decide untuk berjalan-jalan sekitar masjid .HAHA !

fatimah az-zahra agak poyo di situ =_=



Maizan yang cantik :)




our pride :IIUM WAS OVER THERE !


Maizan





errr..ignore it


Maizan
more candid . maizan did it

Itu sahaja untuk hari ini .Esok ada exam Study Circle .Belum study lagi ni !Ok , gtg. assalamualaikum !




                                                            p/s:i didn't eat yet !